Rindu rasenya utk menulis kata. Last article yg aku buat jangan pandang belakang – 060707, lebih dari sebulan yang lampau.. tiada apa dlm pemikiran.. tapi, ada perasaan rindu utk menulis..
Hari sabtu, 0100pm aku terima panggilan dari sahabatku.. ketika itu aku di HTAA bersama kawanku.. takziah buat diriku dan dirinya.. kereta ku (not mine lah actually, tapi kereta yang ma and abah amanahkan aku utk menjaganya).. berlanggar dengan tiang lampu.. TERKEJUT dgn berita yang aku terima. Tapi masih berlaku selamba. Ntah dari mana kekuatan yang ada dalam diriku tempoh hari. Aku tenang setenang2nya. Aku buntu nak buat apa tapi masih berlaku selamba. Cadangan ku utk menelefon abah. Sbb org perempuan mmg tatau nak buat ape.. bukan semua larr, tapi, aku adalah salah seorangnya. Hehehe. Aku mengharapkan utk menelefon abah selepas solat zohor, sbb aku nak doa dulu supaya abah tak marah. Supaya abah tenang terima berita nih… (it’s not we have specific time to berdoa.. kita boleh je berdoa bila2 masa, but, rase lebih dekat andai kita berdoa dlm sujud..)
Aku pulang menemui kereta. Terkejut… itu je yg mampu aku gambarkan. Kereta ‘lompong’ kat bahagian depan belah kanan. Lampu kanan sure pecah. Mudguard kanan, ‘terkehel’. Arm tyre, macam belok. Rim tayar pun sama. Tempat pegang stereng terbelah dua. Tiang lampu ter split 2..
Tapi, mujurlah tiada kecederaan yg sahabat aku alami. Tiada apa2 lain yang pecah, atau sesiapa yg lain terlibat. Mujur la tiada org di jalanan waktu itu.
Sahabat ku itu menangis. Sebab perasaan bersalahnya. Tapi aku tenang. Nak cakap aku tadek pape perasaan, cam mustahil. Tapi, kekuatan itu ALLAH yang kurniakan. Aku tak menyalahkan sesiapa dlm hal nih, sebab bagi aku tiada siapa yg bersalah.
Kami selesai kan segalanya di balai polis. Alhamdulillah, segalanya selesai dgn tenang.
Macam yang aku cakapkan tadi, aku tak menyalahkan sesiapa. Tapi aku sedih. 2 hari aku menangis. Sehingga saat ini aku masih kesedihan. Kesedihan yg melanda bukanlah di atas sebab kehilangannya, tetapi lebih kepada “apa yang ma and abah fikirkan”. Aku tak nak jadi anak yg derhaka hanya lantaran aku memberi pinjamnya kepada org lain.
Abah yang aku kenali, sungguh sopan santun. Tak pernah meletakkan telefon tanpa terlebih dulu mengucapkan “tadok pape doh ok.. ok la…”. Tapi hari tuh, aku call abah utk ckp kan apa yang terjadi, aku ceritakan segalanya, tapi abah letak phone dgn tiba2. aku belum abis cakap. Tapi abah letak je. Jiwa anak mana yang tak sedih.. kali kedua abah call, abah tny camane berlaku, abah Tanya knp bagi pinjam kat kawan… then abah letak phone tiba2 lagi… aku tahu abah marah.. abah jarang marah, tapi, marah dia, aku takut… tapi aku tetap tenang ari tuh.
Mungkin melihat sahabatku menangis, aku kena kuat. Aku kena tenangkan dia. Biarlah org lain melihat kita kuat, tapi, ALLAH je yang tahu perasaan kita.
Lepas tuh abah call lagi, selepas selesai buat laporan polis. Abah ckp, nak buat balik atoz ke terengganu.
Hari ahad pagi, ma call. tiada kata yg mampu aku ucapkan apabila ma cakap: kenapa bagi pinjam kereta kat orang lain. Kenapa k.wa susahkan ma and abah.. abah kena gi kuantan pulak… (saat ini air mata ku gugur lagi).. maafkan k.wa ma, abah.. k.wa tak berniat nak melukakan hati ma and abah, apatah lagi melukakan hati sendiri.
Aku menangis teresak2 hari tuh. Aku mengangis kerana tension. Aku ambil quran tapi tak mampu nak meneruskan bacaan. Aku tension. Banyak benda yang aku fikirkan. Program al-quds yang belum selesai, case report ophthalmology yang tak sudah2. tambah satu lagi benda baru.. menangis mengingatkan kata2 ma.. bayangkan korang, mak korang ckp cam nih… jiwa anak mana yang tak sedih…
Last2.. aku tak dapat nak pikirkan apa2.. aku ambil keputusan tuk tido..
Aku tak bangun2 sehinggala adikku dtg mengejutkan aku. tenang sedikit rasenya bangun tido tuh…Abah dah sampai… masa tuh kul 1200
Abah datang dengan kete tunda. Nak wat balik atoz ke terenganu. 1230 abah pulang semula ke terengganu.
Orang lain mungkin tak paham apa yang aku alami. Perasaan sedih bertandang kerana kita takutkan api neraka ALLAh. Kita takutkan perkataan “anak derhaka” itu. Sehingga saat ini, aku belum mengucapkan kata2 maaf dari ma dan abah. Aku tatau kenapa. Tapi pada masa tuh, pada saat ma ckp camtuh, lidah aku kelu. Tiada jawapan utk aku berikan utk ma. Aku senyap.. sepi je.. sehingga lah ma ckp hello, baru larr aku sambung perbualan..
Sebab aku terlalu sedih. Sedih kerana mengingkari kata2 ma. Sepanjang ingatanku, ma and abah tak pernah directly mengatakan tidak boleh dipinjamkan kpd org lain. Tapi aku paham, mereka pasti tak membenarkan..
Mujurlah saat aku berjumpa dgn abah, abah tenang je.. tak nampak dah raut muka nya kemarahan.
Antara peranan aku sebagai anak kepada ma and abah, dan aku sebagai sahabat kepada kawan, aku tersepit.
Apapun, aku muhasabah balik perjalan hidup ini. Keterikatan hati kita dengan dunia (harta benda dan seluruh isinya), memungkinkan kita utk memarahi dan menyoal takdir Ilahi. Tapi, kita harus sedar, harta adalah amanah ALLAH utk kita. Walaupun kita menjaga nya sebaik mungkin, memang takdir Ilahi ia tidak rosak di tangan kita.. tatkala kita rasa lega melepaskan sesuatu (kereta) ke atas org lain, kerana kita rasa selamat je dlm UIA.. rasa selamat sebab kita tak pernah terfikir kemalangan itu akan berlaku dalam UIA.. tapi sebenarnya kita terlupa sandaran kita sepatutnya kpd ALLAH. Kita terlupa keselamatan dan keamanan adalah hak ALLAH. ALLAh hanya mengirimkan sementara utk kita. Astaghfirullahal’azim
Aku teringatkan peristiwa di kelas aku masa aku form5. masa tuh adik2 form4 yang menggunakan kelas kitorg sbb kitorg ada xm kat xm hall. Pada hari tuh, kipas kelas kitorang tercabut, mujurlah perlahan je kipas tuh. Tapi cukup utk ia berpusing dan mengenai adik yang duduk kat meja aku.. kesian kat dia.. lebam belakang badannya.
Dua kisah yang berlaku. Kedua2 nya ada satu persamaan. Iaitu, Tuhan masih mengizinkan utk aku terus hidup. Syukur. Sbb, pastinya dosa2 kita belum terhapus.. Allah telah memberikan peluang yang kedua ni utk aku tebus dosa2 silam dgn taubat nasuha, bersihkan diri dan jadi kembali org yang dekat dengannya.. moga ini bukan lah sahaja luahan, tapi ia diikuti dgn amal perbuatan..
Hisablah diri sebelum diri dihisab..
Cuma yang aku harapkan pengorbanan ku ini tidak sia-sia..
Hanya ALLAH pemilik alam. Kita hanya sebagai pentadbir, khalifah, utk memakmurkan bumi ALLAH dengan kalimah I.S.L.A.M
Andai aku pergi dulu, andai ada sesiapa ada terbaca luahan ini, sampaikan salam kemaafan buat ma and abah.. aku tak berniat menderhakai diorang. Menderhakai diorang = api neraka. Na’uzubillah.. Salam kemaafan juga buat sahabatku.. ketahuilah, aku tak menyalahkan dia, aku tak menyalahkan sesiapa.. Cuma aku takut masa depan. Bukanlah niat aku utk mengingati lagi peristiwa ni utk masa2 akan datang, tapi aku takut dengan kehadiran syaitan di sekeliling aku akan jadi manusia yang zalim, mengungkit2 kembali apa yang terjadi, andai ada sesuatu yang berlaku suatu hari nanti..
Ikhlaskan hatiku ya Tuhan.. tabahkan hatiku.. lembutkan hati kedua org tua ku..
Sahabat, tiada apa yang aku minta, cuma doa kan lah aku jadi antara orang2 solehah, aman dunia dan akhirat. Mati dalam keadaan beriman. Harta hanya pinjaman buat kemudahan kita di dunia ini.. Dan tak lupa juga, moga ku temui jodoh yg baik (^_^).. sempat lagi tuh.. hehehe
Assalamualaikum…
15th August 2007, 0230 am
p/s: sempat lagi duk menaip benda alah nih, tapi case report ophthalmo tak siap lagi…