Putihkah sudah MATA kita?

Terkedu membaca artikel kat internet ni berkaitan keputusan ICJ pasal Pulau Batu Putih (PBP) atau nama lainnya Pedra Branca (panggilan Singapura kepada PBP). Keputusan yang memihak kepada Singapura itu, sedikit sebanyak rasanya tidaklah memeranjatkan diriku. Entah kenapa, memang dari dulu merasakan Singapura akan betul2 fight utk mendapatkan pulau itu yang telah mereka dirikan bangunan dan dikawal ketat oleh mereka. Bukanlah aku bermaksud menyatakn Malaysia tidak fight utk mendapatkan PBP, tapi, seolah2 ayat Dr Rais Yatim – antara alasan ICJ adalah Malaysia tidak pernah melakukan sebarang activity di PBP sejak 1850 – 1953, kosong dan tidak bermakna..

“Malaysia tidak ada bukti menjalankan apa-apa kegiatan ataupun yang boleh diterima sebagai bukti kedaulatan sama ada pendudukan, pemerintahan mahupun penyeliaan atas Pulau Batu Puteh.”

Seolah2 telah berserah segalanya..

Melihatkan dalam peta jarak Malaysia dan PBP hanyalah sejauh 7.7 batu nautika, sedangkan dari Singapura ianya berjarak 25.5 batu nautika. Maka tak hairanlah kenapa kita memasukkan PBP dalam peta Malaysia yang membawa kepada pertikaian oleh SIngapura dan membawanya kepada pertikaian oleh SIngapura dan membawanya kepada ICJ.

Melihat kembali kenyataan Dr. Rais Yatim beberapa hari lalu, Malaysia-Singapura akan menubuhkan suatu jawatankuasa utk sama-sama mengawasi perairan dan keselamtan sekiranya keputusan berpihak kepada Malaysia. Setakat yang aku amati, Singapura susah utk memberikan kerjasama. Tengok je la isu air dahulu. Ntahlah, mungkin waktu itu masih kecik lagi utk berfikir apa faedahnya. Tapi, aku yakin, kemenangan banyak di pihak singapura, walaupun Dr. Rais tetap menyatakan ini win-win situation. Apatah lagi utk membina sebuah jawatankuasa. Ntahlah, sejauh manakah kita mempertahankan hak milik kita?

Tetiba Teringat isu pembelian share dalam sebuah private hospital oleh orang2 Singapura suatu ketika dahulu.. ke peralihan kuasa ek?

Terumbu Karang Tengah menjadi milik Malaysia. Ada ape kat situ ek? Jangan sampai Singapura melakukan sesuatu ke atas Pulau Middle Rocks ini, kita masih berputih mata!

Apepun, Second case yang menarik perhatian ku juga adalah isu Syarikat Halliburton, syarikat milik Israel dibenarkan melabur di Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI). Sedangkan kita Negara umat islam dan kita dah pun mengisytiharkan Negara kita sebagai Negara islam. PELIK. Itu je la yang mampu aku gambarkan. Sedangkan baru je, 15 Mei lalu, genap 60 tahun peristiwa nakhbah (malapetaka) pertubuhan Negara HARAM Israel di bumi Palestin. Perkara nih dah disahkan oleh Timbalan Menteri MITI. Memetik kata2 dari suatu laman web “Umum mengetahui Halliburton adalah syarikat Yahudi yang telah mengaut keuntungan berbillion dollar hasil penaklukan Iraq. Malahan kontraktor keselamatan Halliburton telah dilapur membunuh rakyat Iraq dengan sewenang-wenangnya.” Kenapa ek benda nih berlaku?

Singapura juga dibenarkan melabur di WPI. Mungkin mereka berpandangan mampu menaikkan saham WPI sekiranya syarikat2 besar melabur di WPI… ntahlah, tak tau permainan politik apakah yang dimainkan mereka.

Di mana sensitivity kita sebagai umat islam @ dengan kata lain, bangsa melayu si bumi Malaysia ini? Kebelakangan banyak orang bercakap perihal ketuanan melayu.. tapi, sejauh mana kita mempertahankan kedaulatan bangsa, tepuk dada Tanya diri.. adakah kita harus membiarkan Singapura dengan agenda nya, me’makan’ Malaysia sedikit demi sedikit, yang akhirnya membawa natijah, rakyat Malaysia especially bangsa Melayu menjadi pelarian di bumi mereka sendiri.. sama seperti rakyat Palestin sekarang. Na’uzubillah..

Adakah bangsa melayu masih sibuk dengan konsert final AF6 yang dijadualkan esok? Masih sibuk mengundi sedangkan politik Negara kita sedang bergolak. Gelombang politik yang semakin kuat dipukul, adakah kita masih berdiam diri? Masih sibuk memilih penyanyi mana yang harus di-vote? Teringat ada satu akhbar tempatan beberapa hari yang lepas menyiarkan penonton AF6 menurun, tetapi, penonton melayu meningkat. Kalau tak silap angkanya mencecah 400,000.. tataulah..

Apepun, kita masih berdiam diri sebenarnya. Dan aku sendiri tak pasti apa yang aku sumbangkan utk agama ku, negaraku dan bangsa ku. Di saat2 pelbagai berita politik yang menerjah – isu TDM keluar parti, isu di negeri Terengganu sendiri – isu royalty minyak yang lesap entah ke mana, khabar angin peralihan kerajaan pusat.. macam2 lar… hurm, kita tengok lepas nih, apa reaksi kerajaan Terengganu berhubung report police yang MAMPAT buat berhubung isu royalty minyak tuh. Adakah akan berkubur sahaja atau kerajaan di bawah pimpinan Ahmad Said mampu menjanjikan kerajaan yang telus dan berkhidmat utk rakyat..

Moga Malaysia am nya, dan Terengganu khususnya, terus dirahmati ALLAH..

Penyelesaian atas segala isu hanyalah satu – kembali kepada quran dan sunnah..

Moga ada sesuatu yang kita lakukan utk agama (the most important), negara, bangsa dan tanah air lillahi ta’ala…

24th May 2008, 0140am

p/s: Mungkin artikel kali nih emotional sket.. hehehe.. dah orang duk kata artikel sebelum nih jiwang.. sekadar coretan. May be ada idea yang sama dgn idea orang lain.. sbb amik dari pelbagai pihak..

Leave a Reply