Mukhayyam Pekan dan Mukhayyam Segamat

Same event with two different location, two different timing and two different output.

Alhamdulillah, tanggal 29 – 30 hb August, kat Casuarina Resort, Tuhan izinkan kami utk pergi mukhayyam. Aktiviti yang mmg aku tunggu sejak sekian lama..

Segamat pulak ialah mukhayyam 2 tahun lepas.

Mmg best pergi mukhayyam. Menjalinkan persahabatan baru, melahirkan ukhuwah yang berpanjangan, insya ALLAH. Di samping beractivity.. hehe

Mukhayyam segamat penuh dgn activity lasak. Bermula dari dlm kereta, kami bertaa’ruf, diberi tugasan, mengalunkan kalimah tauhid dlm kete… hm, satu activity yang baru bagiku. Duduk bersama2 tapi yang penting, duduk bersama2 mengingati Tuhan.. tak pernah luput rase nye memory segamat. Satu2 rasenye.. Kami tinggal di sebuah kem, di bawah jagaan Pak Long and Mak Long. Umah dorang dekat je kat c2. Dlm area camp tuh jugak la..Terasa nyaman je umah tuh. Siap ada zoo lagi! Ada burung merak – jantan dan betina, ayam belanda, arnab yang yang sgt jinak.. kucing tuh tak usah ckp la… hehe..

Opss, aku dilantik sebagai penghuluwati on the first day.. haha, rasenye tak berkaliber pun. Berkaki lebar je kot ^_^ Lembik je kan? Heheh.. Dulu jadi commander kat sekolah pun rasenye tak seteruk tuh..tapi, mujurlah on the first day je..

Antara activity nye, kena bentang pasal tokoh2 muslimah.. cthnya asiah isteri firaun. Buat macam2 kot.. yang nih cam dah lupe. Hehe. Grup sendiri pun tak ingat dah buat pe.. hehe.. the next day – petang, dah dekat2 dgn maghrib, sampai kat camp.. haha, ni la baru camp site yang betul. Aku antara orang terawal sampai kat c2. So, kena cari kayu buat unggun api dulu. Tak pernah2 masuk hutan cari kayu api.. ops, ada kot, masa camping kat sekolah rendah dulu. Berkurun sgt dah tuh.. huhu.. pendek kata, mmg tak pandai nak masuk hutan nih. Malam tuh, ada night walk a.k.a war game. Menarik sangat.. Suka sangat.. org yang tak pernah masuk hutan @ ladang ni, cam tuh la excited plus KETAKUTAN dia. Kitorg ditugaskan mencari khemah yang berada nun jauh di dalam ladang jambu batu.. di samping tuh, ktorg dibekalkan peluru air, utk attack faci2 yang menjaga. Dorang pun akan baling peluru tuh kat participants, so participants akan mati.. aku berjalan dgn sibah.. aku nih sgt penakut. Mmg tak biasa sgt activity lasak. Mmg kalau sape2 berjalan dgn aku, jawabnye kena tolong mengharungi kegelapan dan ketakutan tuh larr.. hehe.. yang paling diingati dan yang paling best rasenye, ialah, kitorg tidur atas ladang kelapa sawit. Haha.. tak pernah dibuat orang sebelum nih. Tapi, bila dah malam, tak Nampak ape2, Alhamdulillah, tak de pape yang pelik eg: ular kan byk dlm ladang kelapa sawit, keluar. Kononnya nak menyorok dari faci2 la. Akhirnya aku dan sibah tumpas kat dlm parit. Haha.. kena baling dgn peluru jugak akhirnya.. Teringat perang khandak kan? Dorang gali parit yang sgt lebar.. Mmg tadek takut pun, mungkin sbb punya matlamat i.e khemah. Mmg kalau tak dpt khemah tuh, tak dpt la nak tido malam tuh.. Alhamdulillah, sisters managed to get khemah, tapi brothers TAK! Hehe.. heroin2 yang aku ingat adalh dayah and k.ngah.. dua2 kecik.. tapi, tuh la heroin nye.. kecik2 cili padi eh… hehhe.. so, dapatlah tido berbumbung kan khemah.. tidaklah berlapik kan bumi, berbumbung kan langit.. tapi, kalau tido je malam tuh tanpa khemah ape jadi ek? Hehe

Pagi tuh, sbb ada telur, tak ingat pulak telur2 tuh dari mane.. mungkin lebihan telur malam sebelum tuh, kitorg masak scramble egg beramai.. ops, pose2 ni.. hehe. Lepas tuh gi ladang guava yangsgt besar.. kitorg boleh je petik buah tuh, amik je seberapa byk yang nak.. best! Makan yang sgt fresh! Byk sgt buah sbb tahun tuh johor banjir, so tak cukup pengeluaran utk dijual.. sedih.. banyak sgt buah2 yang gugur..

Post mukhayyam segamat, aku mengalami syndrome mengantuk + letih yang teramat.. ingat lagi, ktorg balik dari segamat ari ahad.. so, esoknya isnin, cam bese la bersekolah. Gi sekolah, aku tertido2 masa tgh bed side teaching!tgh berdiri plak tuh.. LOL… tatau la cane leh jadi camtuh.. mmg teruk sgt rasenye. tatau la dr perasan tak..

Mukhayyam Pekan tak la penat sgt. Cume ari tuh rasa nye triceps muscle je yang sakit. Mukhayyam pekan lebih kepada pengisian ttg ghuzwah @ perang yang Rasulullah join and pasal sahabat2.. ada je masuk paya bakau and masuk dlm sungai.. first time masuk paya bakau, cari siput sedut. Baru tau asal siput2 tuh adalah di paya bakau.. haha! Pepun, masuk dlm paya bakau, sbb kasut longgar, so, banyak kali gak terlekat kasut kat dlm lumpur2 tuh. Terpaksa keluarkan kaki dari kasut, cari kasut dlm lumpur2 tuh.. meraba2 gak, ingatkan dah tak dpat balik dah kasut2 tuh.. haha.. so, the learning points – kalau nak berjalan dlm paya bakau, kena jalan cepat2 + jgn pakai kasut longgar! Hehe.. Ops, terlupa nak ckp, kitorg kena sapukan mud tuh kat muka before masuk dlm paya bakau.. New invention for facial treatment plus avoid mosquitoes yang sangat banyak.. tuh sbenarnya sbb kena sapu mud tuh kat muka and tangan.. habis keluar paya tuh, aku dan asma’ dpt wheal and flares! Haha.. new finding of myself.. initially, I thot it was just gigitan nyamuk. Rupe2nye muka dah berbalam2.. teruk jugak kot, sbb seme org tegur. Tapi, Alhamdulillah, semenye ok lepas makan loratidine a.k.a anti-histamine.

Tapi kan, makanan kat situ best. Dorg masak dgn sgt bes! Tadek dah kena makan nasi mentah lagi cam kat segamat, disebabkan tak cukup masa nak tgu smpai masak.. haha..

Erm, actually masa sampai kat pekan malam tuh, satu Bandar pekan black-out. Dua buah kete, aku dan aza, Drive dlm keadaan yang sgt gelap, kitorg terlepas jalan masuk ke resort. Jauh jugak terlepas. bila dah Sampai kat resort pun tak Nampak pape.. torch light plak lupe nak bw.. huhu..

Ghuzwah yang belajar – badar, uhud, khandak, hunain, pembukaan mekah.. etc..

Antara sahabat2 yang belajar – said bin amir dan kezuhudannya, talhah dan berhala manaf, khabab, khubaib bin adi.. ada yang disalib.. sape ek? Lupe dah.. hehe.. ada 2 org lagi.. alamak, dah lupe ke?

Post mukhayyam pekan, Alhamdulillah tadek syndrome tertido masa berdiri lagi! All recovered well.. ^_^

Pepun, bile muhasabah balik, di kegelapan malam, diri sering terlupa cahaya itu tetap datang dari Tuhan yang menjadikan alam nih. Ketika dlm kegelapan, patutnya sandarkan lagi keyakinan dan ketakutan itu pada Tuhan. Yang kedua, sepatutnye dlm dua2 kembara, masa masuk hutan, masa masuk paya bakau, fikirkan kejadian alam.. (3:190-191). tapi, itulah kelemahan diri, tak mampu berfikir ttg kejadian alam, di saat terasa sgt takut bila masuk hutan@paya.. Hanya boleh concentrate pada satu perkara je pada satu2 masa.. betapa Tuhan Maha Besar menjadikan siput2 tuh hidup bertenggek kat pokok2, mampu bertahan sedangkan diri dapat wheals disebabkan mud tuh.. kekurangan dan kelemahan diri yang amat kerdil di sisi tuhan, but still kita buat dosa dan silap kat Tuhan kan? Tak pernah nak bersungguh2 dlm menjadi hamba kepada NYa..

Hurm, tuh je kot dulu.. tatau lepas nih berkesempatan tak lagi utk pergi mukhayyam. Adakah akan ada lagi suasana semacam ini.. saling mengingati kebenaran dan kesabaran (al-asr).. kehidupann semacam manakah nanti yang bakal Kau ciptakan buatku after keluar dari UIA?

Same event with two different location, two different timing and two different output.

0852 am 13th RAmadhan 1429 H

One Response

  1. wa lagi sorang malik bin dinar…bdak2 comel solehah n hamnah tu…

Leave a Reply