“Abang kena pergi district nanti.. ” terkedu aku mendengar perkataan dari suamiku. aku di klinik waktu itu. di hadapan aku ada pesakit yang perlu aku jenguk, perlu diberi perhatian sewajarnya. di tangan ku telefon, panggilan dari suamiku. tak dapat aku pastikan apa perasaan aku waktu tu. “tak pela abang, abang pergilah..” akhirnya kata2 itu yang terkeluar dari mulutku, sedangkan hati menangis..
seusai pesakit itu pergi, air mata ku menitis. aku tak tahu kenapa hati ini sedih. aku bayangkan sebulan lamanya aku berseorangan di rumah. aku kesat air mata ku. tiba pesakit lain yang menagih perhatian ku waktu itu..
petang itu, aku terlihat senarai HO yang dikehendaki melaporkan diri ke hospital daerah 11hb april. aku terkenang kata-kata suamiku. aku terkenang, nama nya juga tersenarai. ketika itu berderaian lagi air mata ini. mujur ada kawan yang menenangkan aku waktu itu. katanya, dia tahu aku sayangkan suami ku, tapi ni hanya ujian kecil yang tuhan bagi. dia lagi susah, terpaksa berjauhan dgn keluarga, org yang dia sayangi selama dia di sini. “u need to be independent. love him, but not attach to him”..
esok suami ku akan berangkat ke kuala krai. bila difikirkan, mmg tak jauh antara kuala krai dan KB. tp yg jauh adalah keberadaan dirinya dariku. aku keseorangan di sini. saat ini, air mata menitis lagi..
aku tahu, aku harus membina kekuatan seperti siti hajar. ditinggalkan nabi ibrahim di tanah yang gersang. aku ditinggalkan di rumah yang selesa. siti hajar ditinggalkan bertahun2 lama nya. sedangkan aku hanya sebulan. bahkan suamiku boleh pulang menjenguk aku. kuala krai dan KB bukan lah jauh. siti hajar ditinggalkan jauh dari nabi ibrahim. tapi dia tega. dia tak pernah merasa berkeseorangan kerana dia tau ALLAH sentiasa ada bersamanya!
Filed under: Uncategorized