Semakin aku langkahi perjalanan hidup, semakin aku mengerti bahawa sanya kehidupan memerlukan perubahan. Benar kata pepatah, semalam sebagai pengalaman (yang harus kita kutip manfaat nya), hari ini adalah reality (yang harus kita tempuhi) dan hari esok adalah fantasi (sebab kita tatau until kita melalui masa depan itu)
USRAH
Semalam aku berdiri dalam suatu halaqah, tanpa melakukan apa2. sekadar berkongsi idea dan pengalaman di samping secebis ilmu yg aku ada. Tiada sumbangan rasanya yang aku korbankan utk sebuah usrah. Lebih menjadi pemerhati bertauliah dan pendengar yang setia. “diri belum bersedia utk pegang apa2 jawatan.” kata2 yang aku ungkapkan suatu waktu dulu. (yang sampai hari ini aku menyesalinya). Melalui usrah itu, aku tak nampak apa yang akan aku hadapi utk yang akan datang. Sebab bagiku, tiada pendedahan, dan mungkin memang aku tak nampak apa jalan yg harus aku ikuti. Mungkin salah diri yg terlebih passive dalam usrah, maksudku tidak menyumbang apa2. hanya sebagai seorang pendengar, bukannya sebagai penggerak. Apapun, aku yg memilih utk begitu. Aku harus mengucapkan terima kasih ku utk sahabat2 di usrah ini. Lantaran diorang aku termasuk ke jalan usrah. Buat jack, kak munirah, kak sarah, (sekadar menyebut beberapa nama), thanks sebab memilih wa menjadi antara orang2 di kalangan kalian.
Lantas aku menyedari diri belum bersiap apa2 utk masa depan. Masa depan yang belum tentu jalannya. Kesedaran itu ALLAH izinkan ia hadir dlm diriku. Alhamdulillah. Setelah berdasarkan pengalaman lalu, aku mengubah haluan arah hidup. Aku memilih jalan lain. Keluar usrah itu, aku memilih utk masuk usrah lain. Aku buat semua nih adalah utk masa depanku.
Hari ini, aku melihat dari sudut positif. Usrah lalu sebagai platform utk aku memasukkan diri dlm usrah. Usrah hari ini sebagai platform ku utk terus menyebarkan dakwah. Jalannya telah aku nampak. Menggerakkan terus minda utk berfikir apa jalan yang akan dilalui. Mengutip pengalaman yang aku dapat dari MIG tempoh hari, you must have a dream(s), and you have to work for it.
Mungkin terlambat kiranya utk aku memulakan suatu proses baru (memasuki usrah baru). Di saat usia 23 tahun, aku baru memulakan langkah kaki kanan. Atau mungkin aku baru belajar utk merangkak. Aku perlukan speed yg lebih laju, 120 – 140 km/j utk aku pecut, utk menutup masa yang telah berlalu. Ke tak cukup laju lagi? Urm, mungkin terlambat, tapi syukurlah masih sempat.
Jalan telah Allah bentangkan utk ku. ALLAH tunjukkan aku jalannya. Baru aku fahami dan mengerti betapa pentingnya usrah dalam kehidupan. Ye, kalau dulu, aku pernah berimpian utk menggerakkan usrah, alhamdulillah, aku mempunyai peluang itu sekarang. Kepentingannya aku nampak. Kepentingannya utk diri, masyarakat dan agama. Dan aku takkan pandang belakang lagi. Insya ALLAH
Kelab Remaja J
Semalam aku bercita2 mengikuti nya. Sebagai antara langkah memahami jiwa remaja. Mendekati anak muda remaja. Mempunyai 3 adik lelaki yang satunya sudah melewati, yang satu lagi dah memasuki alam remaja, dan yang bongsu bakal memasuki. Di samping akan menjadi ibu utk remaja, insya ALLAH, 15 hingga 20 tahun lagi.. haha..
Hari ini, alhamdulillah, TUHAN perkenan kan doaku. Menghadiri meeting, dan menyatakan kesanggupan dlm diri, utk mengorbankan diri dan tenaga.
Esok, semoga usaha ku ini ada maknanya. Jangan pandang belakang.
PAPER WORK .
Semalam aku bercita-cita utk menyiapkan paper work hijrah cinta 2. memperkenalkan dan mengangkat sunnah di bumi iium MU ini.
Hari ni, belum siap lagi maaaa.. hehe
Esok aku akan siapkan, insya ALLAH. Teruskan langkah, walau banyak penghalang nya. Jangan pandang belakang.
JODOH
Semalam aku berkira-kira tentang jodoh. Sbb usia dah semakin meningkat kot. Melihat kawan2 di sekeliling sudah punya bakal suami, diri terpikir, adakah nanti utk aku? Bakal menjadi seorang doctor, hidupnya diibaratkan di hospital, siang malam, every other day on-call, penat,.. cukup utk criteria utk ditolak pinangannya.
Semalam jugak berlaku sesuatu. Kita punya matlamat utk islam, tapi kita punya jalan yg berbeza. Mungkin dulu aku tak menyedari kepentingan usrah. alhamdulillah, ada kawan2 yang menjadi penyebab utk ALLAH bagitau, bahawa senya, kita memang kena berada dlm kelompok org2 yang soleh (usrah). Menolak utk dia mengerti dan memikirkan apakah sebabnya. Melihat masa lampau, banyak dosa dan lagha yang kita lakukan. Moga dgn taubat yang kita lakukan, ALLAH menggantikannya dgn yg lebih baik. (al-qalam:32).
Hari ini, aku teruskan langkah hidup. Pernah aku coretkan di artikel lain di bawah sana, ALLAH Maha mengetahui masa dan waktu ketika nya yang kita telah bersedia utk perkara ini. Serahkan kepadaNYA. Usah dirisaukan. Andai tiada jodoh pun, aku terima.. heheh.. Fikiran ku hanya dilitupi apa yang harus aku lakukan sekarang nih utk membangunkan diri utk dakwah dan islam.
Hari esok akan sampai jua. Yang nih memang kena pandang ke depan. Heheh..
MAUT
Semalam, banyak dosa yang telah dilakukan. Membuang masa, tidur yang melampau banyak, lagha, pandangan yang tak terjaga, solat yang tak kusyuk.. banyak dosa. Hina nya diri di hadapan TUHAN.
Hari ini, moga ALLAH ampunkan dosa2 hambaNYA, utk semalam, hari ini dan akan datang.
Esok, mati itu pasti, hidup itu biiznillah. Moga ALLAH tempatkan kita di kalangan org2 yang beriman.
Semalam kenangan terindah, pengalaman terbaik utk mereka yg berfikir.
“Sesungguhnya dalam perciptaan langit dan bumi dan bersilih gantinya malam dan siang terdapat tanda2 bagi orang yang berakal” (ali-imran:190).
Hari ini reality, face it with courage and hope.
Esok adalah masa depan, yang harus ditempuhi, utk mereka2 yang bersedia menghadapinya. You must have a dream, and must work for it.
Apepun, syukur, TUHAN masih menyayangi aku. Jalan yang DIA tunjukkan, rezeki yang Dia limpahkan, terlalu bermakna dalam kehidupan.
Ah.. semenya aku nak tulis. Tak larat tangan nak kejar apa pemikiran tgh cakapkan. Pressure of thought… tolong… tolong… hehe.. nak harapkan thought broadcasting lar, senang siket orang lain nak paham apa maksud yg kita nak sampaikan. Haha..
Urm, mungkin perkataan ikhlas yang lebih memberi maksud. Belajar utk ikhlas. Kata Amru khalid dlm bukunya Hati Sebening Mata Air, ikhlas adalah rahsia antara ALLah dan makhlukNYA. Ia tidak diketahui malaikat, sehingga ia tiada kuasa menulisnya. Tidak pula diketahui syaitan, sehingga ia tiada kuasa merosakkannya.
Belajar menerima kebaikan dan kelemahan diri, memperbaiki nya dan always menjadi manusia yang terbaik utk semalam, hari ini dan masa depan.
Tata…
060707, 0200 am
Oh, selamat pengantin baru buat min (sahabat yg ku kenali sejak matrix) dan hafiz (y5 MBBS), yang bakal melangsungkan perkahwinannya esok (7th July 2007 @ 070707). Doa wa, semoga segala2nya berjalan dgn lancar, utk dunia dan akhirat. (^_^)